Mencari Isteri Yang Solehah

MENCARI ISTERI YANG SOLEHAH

MENCARI ISTERI YANG SOLEHAH

Ada seorang pendakwah ingin mencari isteri yang solehah lalu dia pun pergilah bertanyakan para ulama' akan ciri-cirinya. Setelah mengetahui ciri-ciri yang perlu dicari maka dia pun mulalah menjejaki calon isteri idamannya dalam masyarakat. 

Seorang demi seorang muslimah diteliti, namun masih belum ditemui calon yang dicari. Jika ada pada seseorang muslimah itu syarat-syarat yang ingin dicari maka akan ada pula padanya syarat-syarat yang perlu dijauhi. 

Penat lalu dia pun kembali kepada sang ulama guna mengadu masalah dan meminta fatwa. 

Katanya kepada pak guru, "Saya telah berjalan dari kampung ke kampung, berjalan di bandar dari hujung ke hujung, penjuru demi penjuru kota namun seorang muslimah yang memenuhi syarat-syaratnya belumlah saya jumpa.

Tuan Syeikh pesan carilah isteri yang mempunyai 7 sifat; 

1. Rajin membaca dan mempelajari al-Quran

2. Alim dan tahu tentang sunnah-sunnah nabi

3. Pandai memelihara maruah diri

4. Suka bersedekah

5. Tidak mengikut perasaan dan nafsu

6. Sopan dan berakhlak 

7. Sabar diuji dan mampu hidup susah

Namun yang kutemui ialah gadis yang mempunyai 10 sifat;

1. Malas membaca al-Quran, suka membaca novel

2. Jahil sunnah Nabi 

3. Tidak menjaga maruah bahkan menjualnya

4. Pemboros dan suka membeli belah

5. Suka mengikut emosi dan perasaan

6. Buruk akhlak dan perangai

7. Tidak tahan diuji dan tidak mahu hidup susah

8. Ghairah mempamerkan diri dan menayangkan kecantikannya

9. Sukar menerima teguran dan nasihat

10. Cepat putus asa dan mudah mengalah

Maka jawablah sang ulama tersebut dengan berkata, "Wahai anakku, engkau adalah seorang pendakwah. Apa yang engkau sepatutnya lakukan ialah membentuk dan membimbing para muslimah untuk menjadi seperti yang engkau idamkan. Mereka kaum muslimah adalah amanah kaum lelaki yang akan ditanyakan oleh Allah. 

Nikahilah mana-mana muslimah baik seorang, dua, tiga atau empat yang paling beragama yang engkau jumpa, kemudian pandulah mereka menuju ke jalan Allah menurut kemampuanmu. " 

Sumber FB Ustadz : Zafrullah Zafrullah

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Mencari Isteri Yang Solehah". Semoga betah di Kajian Ulama Aswaja ®

Kajian Terkait