Ibu Bapa Rasulullah di Syurga atau Neraka?

Ibu Bapa Rasulullah di Syurga atau Neraka?

IBU BAPA RASULULLAH ﷺ: DI SYURGA ATAU NERAKA?

Fuqaha al-Hanabilah berbeza pendapat tentang perkara ini, kepada 4 pendapat seperti berikut:

1. Ibu bapa Rasulullah ﷺ selamat, masuk syurga atas dasar keselamatan ahli fatrah secara mutlaq; seperti yang difatwakan oleh al-Qadi Abu Ya'la di dalam al-Mu'tamad المعتمد.

Imam Mar'i ibn Yusuf al-Karmi al-Hanbali di dalam kitab Bahjat an-Nazirin wa Ayat al-Mustadillim بهجة النّاظرين وآيات المستدلّين,

أن الحقّ الجلي الواضح الذي لا غبار عليه أن أبوي النبي ﷺ ناجيان لا عقاب عليهما،

"bahawa sesungguhnya kebenaran yang jelas dan terang, tiada keraguan padanya, bahawa kedua-dua ibu bapa Nabi ﷺ selamat [dari neraka, masuk syurga] dan tidak diazab kedua-duanya." 

Demikian juga salah satu pendapat yang dinisbahkan kepada Ibn al-Jauzi al-Hanbali oleh cucunya, Sibt ibn al-Jauzi di dalam kitab Mir'at az-Zaman مرآة الزمان. 

2. Ibu bapa Rasulullah ﷺ meninggal dunia dalam keadaan belum beriman, kemudian dihidupkan untuk beriman kepada baginda.

Hadith-hadith tentang penghidupan kedua ibu bapa baginda diriwayatkan oleh ahli hadith, dinilai hasan oleh as-Sakhawi dan as-Suyuti dalam kalangan muhaddithin Syafiiyah, begitu juga muhaddithin dalam kalangan al-Hanabilah seperti Ibn Shahin al-Hanbali di dalam an-Nasikh wa al-Mansukh الناسخ والمنسوخ. 

Demikian juga ikhtiar al-'Allamah Hasan ibn Umar al-Syati, Shaykh al-Hanabilah di Syam itu pernah berdendang,

فكم خير جنى حقا لباه × فأحيا أمّه وكذا أباه

"Betapa banyaknya kebaikan yang diperoleh baginda,

bisa menghidupkan kedua-dua ibu begitu jua ayahnya.

لإيمان به × فضلًا منيفًا

untuk beriman dengan baginda,

demikian itu keutamaan yang nyata;

وإن تعجب فلا عجب كبير × فقدر المصطفى قدمًا جدير

jika engkau pelik, maka tidak perlu terlalu hairan,

karna keagungan sang Mustafa itu suatu kebenaran."

3. Ibu bapa Rasulullah ﷺ tidak beriman, dan tidak memasuki syurga. Ini merupakan pendapat Shaykh Taqiyy ad-Din Ibn Taymiyyah. Dipersetujui bersama oleh an-Nawawi, al-Bayhaqi, Ibn Kathir dalam kalangan al-Syafiiyyah, begitu juga fatwa ash-Shihab ar-Ramli dalam kalangan mutaakhkhir Syafii. 

Ini merupakan pendapat kedua yang dinisbahkan kepada Imam Ibn al-Jauzi al-Hanbali, jagoan mazhab dan muhaddithnya. 

4. Berdiam diri [tawaqquf التّوقّف] dan tidak mengambil mana-mana bahagian dalam menentukannya, menyerahkan urusan mereka kepada Allah, ini merupakan zahir perbuatan Imam Ahmad ibn Hanbal apabila ditanya tentang status ahli fatrah, sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Khallal daripada Harun al-Mustamli > Ahmad ibn Hanbal.

Isu ini merupakan perbahasan khilafiah dalam kalangan ulama, seyogianya, tidak perlu diributkan dengan pergaduhan yang merancukan. 

Seseorang berhak memilih mana-mana pendapat dan menanggung konsekuensi pendapat pilihannya, yang dipilih atas dasar kekuatan dalil dan kecenderungan emosional; dalam keadaan mengiktiraf pendapat-pendapat yang lain.


ash-Shaykh Abd al-Aziz ibn Arafah as-Sulaymani al-Hanbali, seorang tenaga pengajar di Madrasah as-Sawlatiyya di Mekah ada menulis kitab berjudul فتح العليم في نجاة أبوي النبي ﷺ Fath al-Alim fi Najat Abaway an-Nabiyy ﷺ; membela pendapat pertama yang ditegaskan Imam Mar'i al-Karmi, muhaqqiq mazhab.

Hanbali – Athari Malaysia 🇲🇾

Maqadisah المقدسي الحنبلي 

Sumber FB Ustadz : Maqadisah

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Ibu Bapa Rasulullah di Syurga atau Neraka?". Semoga betah di Kajian Ulama Aswaja ®

Kajian Terkait