Budaya Saling Kunjung-Mengunjungi ialah Budaya yang Mulia

Budaya Saling Kunjung-Mengunjungi ialah Budaya yang Mulia

[BUDAYA SALING KUNJUNG-MENGUNJUNG IALAH BUDAYA YANG MULIA]

Di Syawal pastinya nanti akan banyak kegiatan kunjung-mengunjung. Disini ARG menyampaikan kelebihan kegiatan ini disisi Islam. Semoga semuanya menjaga adab dan dapat memanfaatkan kegiatan yang mulia ini ketika bulan syawal.

1. Dalam sahih muslim ada diceritakan kelebihan Saling Berkunjung ke rumah saudara yang amat digalakkan dalam Islam.

عن النبي صلى الله عليه وسلم: " «أن رجلا زار أخا له في قرية أخرى، فأرصد الله له على مدرجته ملكا قال أين تريد؟ قال: أريد أخا لي في هذه القرية. قال: هل لك عليه من نعمة تربها؟ قال: لا غير أني أحببته في الله، قال: فإني رسول الله إليك بأن الله قد أحبك كما أحببته فيه» ". رواه مسلم.

Imam Muslim dalam kitab Shahih beliau:“Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di sebuah desa yang lain. Di tengah perjalanan, Allah mengutus malaikat-Nya. Ketika berjumpa, malaikat bertanya,

“Mahu kemanakah Anda?”

Orang tersebut menjawab, “Saya mahu mengunjungi saudara di desa ini.”

Malaikat bertanya, “Apakah kau ingin mendapatkan sesuatu keuntungan darinya?”

Ia menjawab, “Tidak. Aku mengunjunginya hanya kerana aku mencintainya kerana Allah.” Malaikat pun berkata, “Sungguh utusan Allah yang diutus padamu memberi khabar untukmu, bahawa Allah telah mencintaimu, sebagaimana kau mencintai saudaramu kerana-Nya.

2. Menurut Imam Mulla Ali Qari, Keterangan makna "saudara" itu boleh bermakna luas mencakup saudara se-Islam, tidak terbatas saudara dalam arti hakiki/saudara kandung saja. Demikian dari kitab Mirqôtul mafâtîh syarh miskâtul mashôbih.

3. Dari Hadis ini, Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim menyimpulkan terdapat keutamaan mengunjungi orang-orang sholeh dan kawan-kawan.

وفيه فضيلة زيارة الصالحين والأصحاب.

4. Di hari raya ini ambillah peluang berkunjung ke rumah saudara-saudara kita. Jangan lepaskan peluang ini kerana inilah masanya peluang terbentang luas.

Disediakan oleh:

Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG) 

Sumber FB : @ASWJResearchGroup

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Budaya Saling Kunjung-Mengunjungi ialah Budaya yang Mulia". Semoga betah di Kajian Ulama Aswaja ®

Kajian Terkait