Siapakah Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadhan

Siapakah Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadhan

*SIAPAKAH GOLONGAN YANG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN*

1. Mereka yang Allah *panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan* TETAPI membiarkan *hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yg bermanfa'at.*

2. Mereka yang *menunggu2 waktu berbuka puasa* TANPA mengambil kesempatan untuk *berdoa kepada Allah di saat2 mustajab doa.*

3. Mereka yang *bangun untuk bersahur semata2* TANPA *beramal dan mendirikan solat sunat sekurang2nya 2 rakaat.*

4. Mereka yang dikurniakan Allah *nikmat yang berlebihan* TETAPI *bakhil untuk bersedekah dan menjamu orang berbuka puasa.*

5. Mereka yg *mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yang panjang* untuk mempelajarinya TETAPI *membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.*

6. Mereka yg sering *menghadiri majlis ilmu dan memahami agama* TETAPI *kekal bermusuhan, berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim*.

7. Mereka yg mengetahui bahawa Ramadhan adalah *Bulan Maghfirah* TETAPI *tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.*

8. Mereka yg menyedari bahawa sepanjang Ramadhan *doa diqabulkan* TETAPI *membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.*

9. Mereka yg *bersungguh2 memelihara puasa dari perkara yang membatalkan* TETAPI *berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim*. 

10. Mereka yg *sampai umurya ke penghujung Ramadhan* TETAPI *tidak berusaha untuk  memburu kebaikan malam AL QADAR.*

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;

"Berapa *ramai orang yang berpuasa*, akan tetapi ia *tidak mendapat apa-apa* daripada puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa *ramai orang yang solat malam*, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malam nya itu kecuali hanya terbatas kepada berjaga malam sahaja."

(HR Ibnu Majah)

*Semoga bermnfaat*

Sumber FB : Helmi Assyafie

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Siapakah Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadhan". Semoga betah di Kajian Ulama Aswaja ®

Kajian Terkait