Allah Sedia Wujud Tanpa Tempat

Allah Sedia Wujud Tanpa Tempat

Allah Sedia Wujud Tanpa Tempat: Aqidah Yang Diajarkan oleh Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Aqidah “Maha Suci Allah dari Tempat”, “Allah Tidak Berhajat kepada Tempat”, “Allah Wujud Tanpa Tempat”, “Tempat dan Masa ialah Makhluk Allah”,  atau “Allah Sedia Wujud Sebelum Wujudnya Sesuatu Apa Pun Jua Termasuk Tempat (Makān) Dan Masa (Zamān)” adalah aqidah yang jelas diajar oleh Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ kepada para Sahabat Baginda رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ.

Ia diriwayatkan dengan sanad-sanad yang ṣaḥīḥ di dalam kitab-kitab utama hadith. Contohnya, sabdaan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

[1]

كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ

“Allah itu Sedia Wujud dan tidak ada sesuatu pun selain-Nya [pada Sedia Wujud-Nya itu].”

T: (al-Bukhārī (256H): Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 3192.

[2]

كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ قَبْلَهُ

“Allah itu Sedia Wujud dan tidak ada sesuatu pun sebelum-Nya.”

T: (al-Bukhārī (256H): Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 7418

Menurut al-Ḥāfiẓ Ibnu Ḥajar al-ʿAsqalānī, sebahagian riwayat datang dengan lafaz (معه):

كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ مَعَهُ

“Allah itu Sedia Wujud dan tidak ada sesuatu pun bersama [Sedia Wujud-]Nya.”

[3]

كَانَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَبْلَ كُلِّ شَيْءٍ

“Allah itu Sedia Wujud sebelum [diciptakan] tiap-tiap sesuatu.”

T: (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 19374

[4]

كَانَ اللهُ وَلَيْسَ شَيْءٌ غَيْرَهُ

“Allah itu Sedia Wujud dan tidak ada sesuatu pun selain-Nya [pada sedia wujud-Nya itu]”

T: (Ibn Ḥibbān (354H): Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 6274.

Dan Allah kekal tidak berubah seperti “Sedia Wujud-Nya” selepas Dia menciptakan para makhluk-Nya seperti masa, tempat, ruang, Arash, Kursi, Lawh, Qalam, syurga, neraka, langit, bumi dan arah yang enam. Segala sesuatu selain Allah ialah makhluk-Nya.

Maha Suci Allah dari segala kekurangan dan perubahan. 

PENUNTUT ILMU 

Sumber FB Ustadz : Abdullaah Jalil

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Allah Sedia Wujud Tanpa Tempat". Semoga betah di Kajian Ulama Aswaja ®

Kajian Terkait