Akhlak Rasulullah SAW

Akhlak Rasulullah SAW

Akhlak Rasulullah Saw

1. Baginda selalu diam.

2. Berbicara ketika perlu.

3. Pembicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .

4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

5. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).

6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.

7. Berfikir terus-menerus.

8. Menghargai nikmat sekecil apapun tanpa meremehkannya.

9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

10. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

11. Marah bukan kerana nafsu.

12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

13. Apabila marah, Baginda akan memalingkan muka.

14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

16. Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.

18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.

19. Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat.

20. Di rumah Baginda adalah manusia biasa yang mencuci pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.

22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.

23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.

24. Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak (semacam sombong) & segala yang tidak diperlukan.

25. Tidak pernah mencela & memaki pada orang lain.

26. Tidak pernah membuka rahasia orang lain.

27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala. .

(Itulah sebagian akhlak Rasulullah SAW Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Perbanyakkan Sholawat pada Nabi

اللهم صل وسلم و بارك على سيدنا محمد وعلى اله و صحبه اجمعين

#UlamaNusantara

Sumber FB : Ulama Nusantara

2 November 2021 pada 21.10  · 

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Akhlak Rasulullah SAW". Semoga betah di Kajian Ulama Aswaja ®

Kajian Terkait