Wasiat Mulia Dari Wali Allah

Wasiat Mulia Dari Wali Allah - Kajian Islam Tarakan

WASIAT MULIA DARI WALI ALLAH

هذه الوصية لسيدنا الإمام العارف بالله الجامع بين عِلمي الباطن والظاهر الحبيب عبدالله بن حسين بن طاهر العلوي الحسيني   

Ini Wasiat Saiyidina Imam Al Arif Billah Al Habib Abdullah Bin Husain Bin Thohir Al Alawi Al Husaini  Yang Mahir Dalam Ilmu Zohir Dan Batin

أُوصِيكـمُ  يا معشـرَ  الإخـوانِ  = عليـكُـمُ   بطـاعـةِ   الدَّيـانِ

Aku Wasiatkan Kepada Kamu Wahai Saudara Sekalian,

Hendaklah Kamu Mentaati Allah

.   

إيَّاكُـمُ أن تُهمِلـوا  أوقـاتَكـم  = فتَنْدمـوا يومـاً على  ما فـاتَكم

Janganlah Kamu Membuang Waktumu,

Kamu Akan Menyesal Dengan Waktu Yang Kamu Sia-Siakan

وإنَّـما   غَنيـمـةُ   الإنســان  = شبابُـه  والخُسـرُ في  التَّـوانـي

Dan Sesungguhnya Keberuntungan Manusia,

Adalah Waktu Mudanya,Dan Kerugiannya Jika Menangguhkan Waktu

ما أحسـنَ  الطاعـاتِ  لِلشُبَّـانِ  =  فاسعَـوا لِتقـوى اللهِ  يـا إخواني

Alangkah Baiknya Ketaatan Ketika Muda,

Maka Segeralah Bertaqwa Kepada Allah Wahai Saudaraku

وأعمِـروا  أوقـاتَكم بالطـاعـه  = والذِّكـر كـلَّ  لحظـةٍ وساعـه

Isilah Waktu-Waktumu Dengan Ketaatan,

Dan Berzikirlah Setiap Detik Dan Saat

فمَـن تَفُتْـهُ  ساعـةٌ من عُمـرِهِ  = تكُـن عليـه حسـرةً  في قـبرهِ

Maka Barangsiapa Yang Terlepas Satu Saat Dari Waktunya [ Lalai ]

Akan Jadi Satu Penyesalan Di Dalam Kuburnya

ومن يقُـلْ إنـي  صغيـرٌ أصبِـرُ  = حتى أخـافُ اللهَ حيـنَ  أكبَـرُ

Dan Barangsiapa Yang Berkata Aku Ini Masih Kecil,

Aku Akan Takut Pada Allah Setelah Aku Dewasa

فـإن  ذاكَ  غــرَّه   إبلـيـسُ  = وقلبُــهُ مُقفَّــلٌ  مَطمُــوسُ

Maka Sesungguhnya Dirinya Telah Ditipu Oleh Iblis,

Dan Hatinya Telah Ditutup Lagi Dibutakan

لا خيرَ فيمـن لـم يتُبْ  صغيـرا  = ولـم يكـن  بعيبِـهِ  بصيــرا

Tiada Kebaikan Bagi Mereka Yang Tidak Bertaubat Ketika Kecil,

Dan Begitu Juga Bagi Mereka Yang Tidak Melihat Keburukan Dirinya Sendiri

وإن   أردتَّ  سُـنَّـةَ   النبــيِّ  =  فـاجتَنِبَـنَّ قُـرَنـاءَ  السُّــوءِ

Sekiranya Kamu Kehendaki Sunnah Nabi Saw,

Maka Hendaklah Kamu Menjauhi Sahabat Yang Jahat

واختَر من الأصحـابِ كلَّ  مُرشِِد  =  إن القَـرينَ بالقـريـنِ  يقتَـدي

Dan Pilihlah Dari Kalangan Sahabat Yang Memberi Petunjuk,

Sesungguhnya Seseorang Akan Terpengaruh Dengan Sahabatnya

وصُحبـةُ الأخيـارِ  لِلقلـبِ دَوا  = تـزيدُ لِلقلـبِ نشاطـاً وقُـوى

Bersahabat Dengan Orang Yang Baik Adalah Ubat [ Penawar ] Bagi Hati,

Menambahkan Bagi Hati Itu Semangat Dan Kekuatan

وصُحبـةُ الجُهـالِ  داءٌ  وعمـى  = تزيـدُ لِلقلبِ السَّقيـمِ  سَقَمـا

Dan Bersahabat Dengan Orang Jahil Merupakan Penyakit Dan Buta,

Ia Menambahkan Penyakit Bagi Hati Yang Sedang Sakit

فتُـب إلـى مـولاكَ  يا إنسـانُ  = مِن قبـلِ أن يفـوتَـك الزَّمـانُ

Maka Bertaubatlah Kepada Tuhanmu Wahai Insan.

Sebelum Kehabisan Masa

يا أيُّهـا  الغافِـلُ عـن  مـولاهُ  = أُنـظُـر بـأي عمـلٍ تلقــاهُ

Wahai Orang Yang Lalai Terhadap Tuhannya,

Lihatlah Dengan Amalan Apakah Kamu Akan Bertemu Dengannya

أما علِمتَ الموتَ يأتـي  مُسرِعـا  = وليس  للإنسـانِ إلا مـا سعـى

Tidakkah Kamu Tahu Kematian Akan Datang Dengan Cepat,

Dan Tiadalah Bagi Manusia Itu Bekalan Melainjkan Apa Yang Ia Lakukan

وليس للإنسانِ من بـعدِ الأجـل  = إلا الـذي  قدَّمَـه مـن العمـل

Tiadalah Bagi Manusia Itu Selepas Ajalnya,

Kecuali Amalan Yang Dilakukannya Terdahulu

يا أفلـسَ  الناسِ طويـلَ الأمـلِ  = مُضيِّـعَ  العُمـرِ كثيـرَ  الحِيَـلِ

Wahai Manusia Yang Muflis Yang Panjang Angan-Angan,

Yakni Manusia Yang Mensia-Siakan Umur Yang Banyak Melakukan Tipu Daya

نـهارُه أمضـاهُ  فـي بَطـالـه  = ونومُـهُ بالليـلِ  بِئـس  الحالـه

Siangnya Berlalu Tanpa Melakukan Apa-Apa.

Dan Tidurnya Dimalam Hari Seburuk-Buruk Keadaan.

فادعُ  لنـا  يا سامِعـاً  وصيتـي  = بـالعفـوِ والخِـتـامِ بالشَّهـادةِ

Maka Berdoalah Untuk Kami Wahai Orang Yang Mendengar Wasiatku,

Dengan Memohon Keampunan Dan Mati Dalam Kalimah Syahadah

والحمـدُ للهِ   لـهـا  خِتـامـا = ما قـامَ بـالصـلاةِ  أو أقـامـا

Dan Segala Puji Bagi Allah Sebagai Penutup Wasiat Ini,

Selama Mana Sholat Masih Didirikan

ثم  الصـلاةُ على النبـيِّ الإمـام  = ما نـاحَ طيـرُ الأَيـْكِ والحمـام

Kemudian Sholawat Ke Atas Nabi Saw,

Selama Mana Berkicauan Burung Hutan Dan Merpati

وآلِــه  مـا انبَلَـجَ  الصَّـباحُ  = وصحبـهِ مـا هبَّـت الـريـاحُ

Dan Sholawat Ke Atas Keluarga Baginda Selama Mana Bercahaya Di Pagi Hari,

Dan Sholawat Ke Atas Sahabat Baginda Selama Mana Angin Bertiup..

Sumber FB Ustadz : Alhabib Quraisy Baharun

27 Oktober 2021  · 

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Wasiat Mulia Dari Wali Allah". Semoga betah di Kajian Ulama Aswaja ®

Kajian Terkait